computer programming, mountaineering, exploring, traveling, offshore, cranes, etc..
Ahad, Ogos 28, 2011
Jumaat, Ogos 26, 2011
- Gadis (hopefully)
- Entertainment (she is very interested in)
- Damaged (usually her akhlak)
- Indulge (in trial)
- Knowledge (she experienced)
Di kesempatan ini (in advance), Keterai Menerai mengucapkan Selamat Hari Raya 'Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada keluarga (all related to me), sahabat2 qarib, sahabat-handai, jiran2 setaman, jiran2 sekampung, memba2 sebelah pejabat, memba2 lama (sejak tadika), rakan2 seperguruan (SKSB, SIS, PKB), sahabat2 sepergunungan, memba2 kren (menara, berantai, pegun), karkun2 (sejuk, lena, busruq), memba2 politik, memba2 bermasalah, hå¢kêr§, ¢rå¢kêr§, X[NI], FB followers, FB likers, FB haters, bloggers dan ______ (fill in the blank).
Khamis, Ogos 25, 2011
- Konflik antara suami dan Ibubapa dalam Islam
- Ketaatan isteri antara suami dan ibu bapa
- Hak Isteri Melawat Ibu Bapa Tanpa Izin Suami
- Dilema seorang Isteri: Antara suami dan ibu
- Saya Perlu Taat Kepada Suami Atau Ibu?
- Isteri Perlu Patuh Suami Atau Ibu Bapa?
- Antara Suami, Ibu Dan Bapa - Mana Lebih Penting?
- Hukum Suami Mengecilkan Hati Mertua
Related Video
- Ustaz Azhar 2010 - Suami Vs Ibu Bapa
- ustaz azhar idrus - isteri - isteri di pejabat
- Ust Azhar Idrus - Hak Suami
- ustaz azhar idrus - Pencinta Wanita
- Ustaz Mohd Kazim Elias- Taat pada Suami itu Wajib
- Batas-batas taat seorang isteri kepada suami - Dr Danial
Another Related Video
Entri dibuat bagi rujukan kawan-kawan facebook dan di luar sana (bukan dalam facebook). Sama-samalah kita mengamalkan apa yang disampaikan oleh penulis/penceramah.Isnin, Ogos 22, 2011
- Perlu ada CIDB Green Card
- Mengikuti kursus Crawler Crane atau Mobile Crane di Gamuda Plant Operator School
- Mengikuti kursus M-BOSET (Malaysia - Basic Offshore & Safety Emergency Training (Offshore Safety, Sea Survival, HUET with EBS, First Aid & Fire Fighting / Self Rescue) di Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd.
- Mengikuti kursus Pedestal Crane (lebih mantap kalau ada sijil ni)
- Mengambil passport laut di Jabatan Laut Malaysia atau negeri
- Membuat medical check-up
- Membuat resume
XPDC Gunung Irau : SMK Labu Besar
Kepada pelajar-pelajar Sek. Men. Labu Besar yg berminat nak join ekspedisi ni, aku ucapkan tahniah kerana berminat :)
Ekpedisi yang akan diadakan dalam cuti sekolah/raya. Tarikh tak tau lagi bila. Perlu diingatkan, aktiviti mendaki gunung ini hanya untuk orang yang betui2 bersedia dari segi fizikal, mental dan fulus. Tak cukup salah satu, bakal menyusahkan semua orang.
Antara orang-orang yang tak berapa layak :
Fizikal - iaitu orang2 bila penat akan pengsan, jalan jauh sikit krem kaki, penat dada sikit berasa penin dan nak muntah, nak galas beg sendiri pun tak larat, orang2 yang sihat sebelumnya tetapi sakit pada hari pendakian dll
Mental - iaitu orang2 yang lemah semangat apabila berada di dalam hutan, terlampau takut bila berdepan dengan bahaya, orang2 yg mudah putus asa, mulut tak leh control (mulut capui), suka bercakap besar, over confident, tak reti nak belajar tawakal, pentingkan diri sendiri, dan segala perbuatan mazmumah
Kewangan - tak dak hat ni pun dah susah (makanan tak cukup), dah tu tak reti2 nak pi pinjam kat org lain, so tak payah la ikut
Gunung Irau adalah gunung ke-15 yang tertinggi di Malaysia, tingginya hampir 7000 kaki. 4 jam penjalanan sebelum kita sampai ke puncak.
Kita ada 2 pilihan sebelum menentukan corak pendakian :
- day climb - start seawal jam 7 pagi, sampai puncak dekat2 tengahari, pastu turun balik, sampai dlm pukul 5 mcm tu. tidak boleh terlalu perlahan, kalau tidak sempat balik (turun) sebelum matahari terbenam, kehidupan akan menjadi susah sebab di dalam hutan sangatlah gelap, berapa lama sangat bateri torch light atau lighter boleh tahan.. so kena ada target masa utk sampai dan turun
- camping - mendaki dan bermalam di puncak. utk makluman, trek ke gunung irau tidak mempunyai sungai yg berdekatan, so kena bawak bekalan ayaq yg cukup sampai atas. tidak digalakkan kepada pelajar SMK Labu Besar yg ramai sangat nak ikut
Persedian awal sebelum mendaki bagi para pelajar SMK Labu Besar
- Perlu ada kebenaran dari ibu bapa. Ekspedisi ni bukan anjuran sekolah atau persatuan, so bakal-bakal pendaki kena sanggup tanggung risiko kalau jadi apa2. Guide atau penganjur tidak boleh dipersalahkan (setelah segala aspek keselamatan di ambil). Mesti belajar redha dgn apa saja yg berlaku. Doa dan tawakal.
- Latihan yang mencukupi. Kurang2 pi la lari kelilin kampung atau pi balik sekolah dgn berjalan kaki (contoh).
- Duit. Mesti ada duit yg cukup sebelum join, kos tak banyak mana, bawak dlm RM100 dah kira cukup. Kos yg terlibat ialah kenderaan, tol, makan-minum dan penginapan. Berapa semua, kira sendiri. Google ada, calculator pun ada dlm pc yg hangpa guna ni, hehe..
- Rohani (mental). Mesti tak mau tinggai solat. Kalau tak mau solat (kecuali pompuan yg haid), aku sarankan tok sah ikut lah. Kita akan buat solat jamak dan qasar, sebab tujuan kita baik dan perjalanan lebih dari 2 marhalah.
- Beg. Mesti bawak sorang satu, yg agak kuat (nampak koman pun takpa). Kita akan bawak paling kurang 2 botol air mineral 1.5 liter setiap orang dan makanan. Setiap orang mesti bawak makanan masing2 (yg dibeli oleh penganjur). Sebabnya, kalau hangpa sesat dlm hutan, masih ada sumber makanan sebelum bantuan seterusnya sampai.
- Sarung tangan. Ni optional, elok bawak kalau ada.
- Plastik sampah. Ni wajib balik. Selalu hujan di puncak hala nak balik. So, bila hujan semua gajet2 elektronik hangpa yg canggih2 boleh dlm plastik sampah then boh dalam beg (termasuklah pakaian yg tak mau bagi basah)
- Telefon. semua pakat ada dah la ni kan. bawak sajalah (boleh boh dlm beg)
- Bas atau kereta. kena pikiaq nak naik kenderaan apa, penganjur kena pikiaq tu semua. starting point pendakian ke gunung irau ialah di kaki gunung brinchang, mesti naik kereta atau 4wd dari simpang mula, kalau nak jalan jauh (9km).
- Penginapan. yg ni pun kena ready, seeloknya bermalam di mana homestay atau budget hotel di Cameron Highlands.
Di bawah ialah gambar/video para pendaki yang telah berjaya mendaki gunung (mcm2 gunung). Mereka semua terdiri dari kanak-kanak, laki2, pompuan dan orang tua
Untuk segala pertanyaan berkenaan ekspedisi Gunung Irau, sila komen atau klik 'link to this post'