Sabtu, Ogos 25, 2012

Nama Domain dan Keuntungannya


Suatu ketika dulu, aku pernah memiliki domain-domain ini, tapi sekarang depa dah 'janda' dan dah dapat tuan baru. Antaranya ialah :

http://www.perniagaan.biz - aku beli syok2 ja (USD2 cam tu ja), buat web utk memba meniaga ayaq nyoq kat semeling, pastu memba aku (man pXXXn) beli siap tubuh syarikat. aku sempat la jadi pengurus it kat situ. gaji (janji manis) aku ialah rm3k - rm10k, tapi punya la susah nak dapat income, pasai company belanja sakan sangat. last2 aku blah, dapat la rm1k. penat2..

http://www.urusniaga.com - aku beli dlm USD5, buat la portal guna phpnuke. pastu tak aktif tara mana pun. cukup setahun, dia minta nak renew. aku pun kasi dia mampuih sendiri (silent death), last2 hari aku nak beli balik (supaya dapat beli murah), ada cina mana tah beli dulu. sampai la ni tak beli balik. tunggu la sampai cina tu terjun bangunan (kalah judi) atau jatuh dalam telaga. hayya..

http://www.forex4pips.info - aku beli USD1 ja. menjana keuntungan RM2K lebih !! alhamdulillah.. antara domain yg extensionnya mcm cikai. bagi fanatik2 domain name owner, mereka ni anti .info atau anti dot selain .com, apa saja yg bukan .com akan dianggap koman sepana, tidak membawa untung, maruahnya rendah, tiada akhlak dan sebagainyalah.. (haha).. aku ni tak kira apa, janji murah dan buat duit. bagi peminat bundle sejak kecil, semakin murah barang yg didapat (dan berkualiti), semakin hebatlah (ya kot) pembeli bundle tersebut. contoh : suatu hari, memba aku menayangkan t-shirt rm1 yg dibelinya jika dibandingkan ngan t-shirt RM3 aku (ni cerita budak dulu kala.. hehe). tapi tu lah, rezeki tidak hanya dalam barangan mahal, so hangpa tak yah la fanatik sangat ngan benda2 branded. ada duit beli branded, tak duit (atau duit ada utk kepentingan lain), beli yg biasa2 atau koman ! janji selesa :) aku buat duit dari forex4pips.info ni :) 80% dari google adsense. selainnya ialah upah aku buat sistem web autodownline kat guru forex suatu ketika dulu.domain yg aku beli sejak 2006 aku biarkan mati perlahan2 bermula tahun lepas. sebab ? kerana dah tak buat income dari domain tu. penat beb bela domain ni, macam bela ayam reban, nak kena bagi makan.

http://www.my-tm.com - USD9 lebih kurang. aku beli sebab join MLM company, pi sampai Kelang, siap dapat baju dari syarikat. pastu leader pi buat MLM (leader suka melompat), habis cam tu ja. koman betul la. larat2 nak lompat sebulan sekali. ceh..

http://www.e-tm.biz - USD8 kalau tak silap. aku beli sebab kat baju dan sticker syarikat MyTM ada tertulis domain ni. konon2 nak jual balik kepada syarikat. tapi apa pun tak boleh, sebab MLM company tu dah merudum

http://www.lintah.info - harganya USD1 ja. murah dan menjana pendapatan hebat ! aku boleh pi sampai sabah utk buat kursus lintah ngan tokey lintah. pastu tokey lintah sudah morph kepada lintah darat ! tokey lintah memang hebat ! perbualan dalam telefon dengan mamat mana tah (langsung tak kenai), boleh mendapat duit RM5000 camtu ja ! pergh.. tiada jampi beb. hanya lintah ! komputer pun dia tak berapa pandai :)

dan banyak lagi lah !

kalau rajin nanti aku update lagi blog ni. pasai banyak sangat. belum breakfast berat, hanya makan kue raya.

hangpa ada domain dak ? buat duit dak ? kalau tak leh nak buat duit, janganlah putus asa :) buat ja web apa2 pun. nampak cam mengarut pun tak dak masalah, janji dapat income dan tak langgar syarak. ok kan ? orang pompuan kalau tak larat nak kerja pejabat, belajar2 la buat web nak meniaga online. jangan sampai anda kehilangan tenaga semasa bekerja. sebabnya malam-malam anda akan dikerjakan :) dapat pahala ... :)

p/s : betul ka apa yg Keterai cerita ni ? tak percaya ? masuklah http://www.archive.org dan masukkanlah nama2 domain tu