Khamis, Ogos 02, 2012

Oracle DBA

Minat kerja sebagai Oracle Database Administrator ?

Jika ya, anda boleh mulakan dari sekarang. Motivasi kerja ialah mendapat gaji. Dapat gaji boleh la bela anak bini atau himpun duit nak pi Mekah atau pun pi menikah. Ada yang suka kereta mewah lagi hebat dan bergaya, pastinya akan beli hat tu dulu. Takpalah.. dah minat sangat ngan kereta mewah.. belilah.. janji jangan lupa Allah SWT.

Kerja IT tidak lagi macam dulu. Kita akan lihat orang-orang yg tak dak sijil atau sijilnya dipandang cokia (bagi sesetengah orang kerja gomen), tapi boleh buat kerja melebihi orang yg ada degree atau pun master. Aku bukan nak kondem sapa2 yg mengaji tinggi, tapi ilmu yg ada tu, tak ramai yg ambik manfaat.

Development team aku ada macam2 background. Ada yg ada buat sistem besar (jutaan user dlm database). Bila aku tanya, mengaji mana ? Dia habaq mengaji sendiri dan mengaji pasai minat.

Berapa gaji ? Tak lah banyak macam Jusa. Tapi kira boleh layan motor besarlah.. Menariknya dia ni senior aku (tak dan jumpak pun) masa kat Politeknik Kota Bharu. Belajar takat sijil ja. Aliran yg tak dak sangkut paut dengan Oracle pun.

Macam mana rupa source code oracle ? Nah, ni baru pelajaran mula..
http://pastebin.com/NxhtALLu

So, kepada yg berminat belajar secara online (berguru). Boleh la contact aku di keterai@facebook.com

Murah-murah saja. Tak sampai pun 4 angka. Apa yang dapat ? Skill ni boleh pi mintak kerja. Sijil ? tak payah dan tak bagi pun. Kalau dah tera esok, boleh saja kami (yakni team) rekemenkan..

So, adik-adik.. kepada yg angan2 nak mengorat marka lawa lagi comey, tapi tak confident, tok sah buang masa. Hidup mau kasi berani. Mai dok KL ni. Kerja banyak kat sini. Kalau tak solat, dok tang mana pun jadi tak guna. Hidup mau kasi menarik !

Selamat berbuka puasa :)