Isnin, Ogos 22, 2011


Road To Offshore

Tidak pernah ada dalam cita-citaku untuk bekerja di pelantar minyak. Aku belajar aliran perdagangan, sambung buat diploma pemasaran, kerja macam-macam dan sekarang bekerja sebagai pengaturcara komputer di syarikat milik aku sendiri. Aku sangat minat dengan PHP dan MySQL.

Kerja di offshore selalunya untuk orang-orang yang belajar tinggi-tinggi, ada degree di bidang petrol dan gas, jurutera dan sebagainya. Itu pada pandangan aku lah yang langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pekerjaan di offshore sebelum ini. Cuma baru-baru ni, sahabat baik aku, Hackers Hakimie telah membuka peluang ini kepadaku, iaitu bekerja sebagai crane operator di offshore. Dia telah bagi beberapa langkah mudah sebelum kita melangkah kaki ke bidang ini. Di sini aku kongsikannya kepada kawan-kawan semua :

  1. Perlu ada CIDB Green Card
  2. Mengikuti kursus Crawler Crane atau Mobile Crane di Gamuda Plant Operator School
  3. Mengikuti kursus M-BOSET (Malaysia - Basic Offshore & Safety Emergency Training (Offshore Safety, Sea Survival, HUET with EBS, First Aid & Fire Fighting / Self Rescue) di Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd.
  4. Mengikuti kursus Pedestal Crane (lebih mantap kalau ada sijil ni)
  5. Mengambil passport laut di Jabatan Laut Malaysia atau negeri
  6. Membuat medical check-up
  7. Membuat resume
Kerja di pelantar minyak ada macam-macam jenis pekerjaan, yang aku bagitau ni ialah kerja sebagai offshore crane operator. Kurang-kurang hangpa mesti ada modal RM3000, baru selesa untuk mengikuti semua kursus. Kursus Crawler Crane yang aku ikut baru ni adalah percuma ! Tapi sebelum nak join kursus tu, mesti kena ada CIDB Green Card.

Keputusan di tangan hangpa. Sekali naik pelantaq minyak, hangpa akan dapat balik segala apa yang hangpa laburkan sebelum ini. Pelaburan ni sekali saja. Bila dah dapat kerja, kerja la selagi mana ada kederat dan selagi sanggup tinggalkan anak bini.

So, apa yang best sangat ? Paling best ialah gaji. Paling koman gaji sehari ialah RM350 (info terkini yang aku dapat), bila dah berpengalaman, gaji boleh dapat RM700 atau RM1000 sehari (bekerja di luar negara).

Gila duitkah sapa yang pi offshore ? Bagi pendapat aku jawapan tidak. Masing-masing ada target tersendiri. Kerjalah di mana-mana. Jika tidak ingat Allah, itulah gila duit terhadap dunia yang sementara.

Berminat ? Tepuk dada tanya iman..

p/s: kerja di offshore sangatlah nak pakai orang. Berita terkini yang aku dapat, salah seorang sahabat baik aku (Hackers Hakimie) akan pi kerja sebelum raya ni dengan gaji permulaan RM350 sehari. Makan-minum ditanggung.