Jumaat, September 16, 2011

Ekspedisi Mendaki Gunung Bintang




Jom kita pi mendaki gunung. Bagi sesiapa yang belum pernah mendaki mana-mana gunung, boleh la join aku untuk mendaki Gunung Bintang :

Tarikh: 1 Okt 2011 ~ 3 Okt 2011 (3 hari 2 malam)
Ketinggian : 1862m (dari paras laut)
Kos : RM100.00




Barang-barang 'wajib' yang mesti dibawa :
  1. beg mendaki - saiz 50 liter ke atas

  2. kasut mendaki

  3. sleeping bag

  4. head lamp

  5. bateri spare head lamp

  6. lighter / mancis / magnesium bar

  7. parang
Barang-barang sampingan :
  • stove

  • sleeping mat

  • jacket sejuk

  • raincoat

  • stoking tidur

  • baju tidur / solat

  • mess tin

  • cawan dan pinggan dan mangkuk

  • first aid

  • sudu garpu

  • GPS
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/event.php?eid=132937653461166

credits to pix owner :)

Ahad, Ogos 28, 2011

Sambutan 'Aidilfitri Cara Nabi SAW




Banyak lagi kesilapan / kekeliruan yang berlaku di kalangan masyarakat kita.

Mesti tonton sampai habis :)

Jumaat, Ogos 26, 2011

Kadang-kadang aku ada sangat banyak idea yang mesti dilontarkan kepada umum apabila ianya mai dan aku rasa ianya boleh dikongsi dengan masyarakat internet. Tiba-tiba aku dapat idea dari perkataan ni hasil dari pembacaan posting-posting yg aku jumpa di facebook dan blog. Akan aku terjemahkan perkataan ini dari kapla hotak aku sendiri iaitu :

G E D I K

  • Gadis (hopefully)
  • Entertainment (she is very interested in)
  • Damaged (usually her akhlak)
  • Indulge (in trial)
  • Knowledge (she experienced)

dan ini ditujukan kepada gedik-gedik yang ada di mana-mana saja di planet bumi ini. harapnya korang baca dan belajarlah untuk insaf sebelum maut datang menjelma ! selalulah ingat akan Allah setiap saat dan ketika.

wahai para lelaki (especially suami, ayah, abang) ..

nasihatilah perempuan-perempuan yang berada di bawah tanggungjawabmu. hidup di dunia ini bukan setakat menyediakan makan-minum, pakaian dan tempat tinggal. didikan agama sangatlah penting ! jika tidak, kita sama seperti membela arnab/kucin yang berbulu lagi comel, yakni tiada didikan agama.






kepada wanita/gadis/remaja yang sudah baligh dan tahu akan hukum hakam..

jadikanlah Islam sebagai cara hidupmu ! di mana-mana saja anda berada, tidak mengira tempat (pejabat, kilang, ladang, hospital, sekolah, universiti, office, balik rumah, jalan-jalan, etc.) tidak perlu korang berpura-pura dan berlakon jadi solehah depan orang ramai. apakah kamu kira dosa kecik tidak boleh menjadi dosa besar ? inilah salah satu tujuan kita belajar matematik.

semoga kita diberi taufik dan hidayah utk beramal !

yang benar,
keterai menerai
Selamat Hari Raya 'Aidilfitri


Di kesempatan ini (in advance), Keterai Menerai mengucapkan Selamat Hari Raya 'Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada keluarga (all related to me), sahabat2 qarib, sahabat-handai, jiran2 setaman, jiran2 sekampung, memba2 sebelah pejabat, memba2 lama (sejak tadika), rakan2 seperguruan (SKSB, SIS, PKB), sahabat2 sepergunungan, memba2 kren (menara, berantai, pegun), karkun2 (sejuk, lena, busruq), memba2 politik, memba2 bermasalah, hå¢kêr§, ¢rå¢kêr§, X[NI], FB followers, FB likers, FB haters, bloggers dan ______ (fill in the blank).












Isnin, Ogos 22, 2011


Road To Offshore

Tidak pernah ada dalam cita-citaku untuk bekerja di pelantar minyak. Aku belajar aliran perdagangan, sambung buat diploma pemasaran, kerja macam-macam dan sekarang bekerja sebagai pengaturcara komputer di syarikat milik aku sendiri. Aku sangat minat dengan PHP dan MySQL.

Kerja di offshore selalunya untuk orang-orang yang belajar tinggi-tinggi, ada degree di bidang petrol dan gas, jurutera dan sebagainya. Itu pada pandangan aku lah yang langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pekerjaan di offshore sebelum ini. Cuma baru-baru ni, sahabat baik aku, Hackers Hakimie telah membuka peluang ini kepadaku, iaitu bekerja sebagai crane operator di offshore. Dia telah bagi beberapa langkah mudah sebelum kita melangkah kaki ke bidang ini. Di sini aku kongsikannya kepada kawan-kawan semua :

  1. Perlu ada CIDB Green Card
  2. Mengikuti kursus Crawler Crane atau Mobile Crane di Gamuda Plant Operator School
  3. Mengikuti kursus M-BOSET (Malaysia - Basic Offshore & Safety Emergency Training (Offshore Safety, Sea Survival, HUET with EBS, First Aid & Fire Fighting / Self Rescue) di Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd.
  4. Mengikuti kursus Pedestal Crane (lebih mantap kalau ada sijil ni)
  5. Mengambil passport laut di Jabatan Laut Malaysia atau negeri
  6. Membuat medical check-up
  7. Membuat resume
Kerja di pelantar minyak ada macam-macam jenis pekerjaan, yang aku bagitau ni ialah kerja sebagai offshore crane operator. Kurang-kurang hangpa mesti ada modal RM3000, baru selesa untuk mengikuti semua kursus. Kursus Crawler Crane yang aku ikut baru ni adalah percuma ! Tapi sebelum nak join kursus tu, mesti kena ada CIDB Green Card.

Keputusan di tangan hangpa. Sekali naik pelantaq minyak, hangpa akan dapat balik segala apa yang hangpa laburkan sebelum ini. Pelaburan ni sekali saja. Bila dah dapat kerja, kerja la selagi mana ada kederat dan selagi sanggup tinggalkan anak bini.

So, apa yang best sangat ? Paling best ialah gaji. Paling koman gaji sehari ialah RM350 (info terkini yang aku dapat), bila dah berpengalaman, gaji boleh dapat RM700 atau RM1000 sehari (bekerja di luar negara).

Gila duitkah sapa yang pi offshore ? Bagi pendapat aku jawapan tidak. Masing-masing ada target tersendiri. Kerjalah di mana-mana. Jika tidak ingat Allah, itulah gila duit terhadap dunia yang sementara.

Berminat ? Tepuk dada tanya iman..

p/s: kerja di offshore sangatlah nak pakai orang. Berita terkini yang aku dapat, salah seorang sahabat baik aku (Hackers Hakimie) akan pi kerja sebelum raya ni dengan gaji permulaan RM350 sehari. Makan-minum ditanggung.

XPDC Gunung Irau : SMK Labu Besar

Kepada pelajar-pelajar Sek. Men. Labu Besar yg berminat nak join ekspedisi ni, aku ucapkan tahniah kerana berminat :)

Ekpedisi yang akan diadakan dalam cuti sekolah/raya. Tarikh tak tau lagi bila. Perlu diingatkan, aktiviti mendaki gunung ini hanya untuk orang yang betui2 bersedia dari segi fizikal, mental dan fulus. Tak cukup salah satu, bakal menyusahkan semua orang.

Antara orang-orang yang tak berapa layak :

Fizikal - iaitu orang2 bila penat akan pengsan, jalan jauh sikit krem kaki, penat dada sikit berasa penin dan nak muntah, nak galas beg sendiri pun tak larat, orang2 yang sihat sebelumnya tetapi sakit pada hari pendakian dll

Mental - iaitu orang2 yang lemah semangat apabila berada di dalam hutan, terlampau takut bila berdepan dengan bahaya, orang2 yg mudah putus asa, mulut tak leh control (mulut capui), suka bercakap besar, over confident, tak reti nak belajar tawakal, pentingkan diri sendiri, dan segala perbuatan mazmumah

Kewangan - tak dak hat ni pun dah susah (makanan tak cukup), dah tu tak reti2 nak pi pinjam kat org lain, so tak payah la ikut

Gunung Irau adalah gunung ke-15 yang tertinggi di Malaysia, tingginya hampir 7000 kaki. 4 jam penjalanan sebelum kita sampai ke puncak.

Kita ada 2 pilihan sebelum menentukan corak pendakian :

  • day climb - start seawal jam 7 pagi, sampai puncak dekat2 tengahari, pastu turun balik, sampai dlm pukul 5 mcm tu. tidak boleh terlalu perlahan, kalau tidak sempat balik (turun) sebelum matahari terbenam, kehidupan akan menjadi susah sebab di dalam hutan sangatlah gelap, berapa lama sangat bateri torch light atau lighter boleh tahan.. so kena ada target masa utk sampai dan turun
  • camping - mendaki dan bermalam di puncak. utk makluman, trek ke gunung irau tidak mempunyai sungai yg berdekatan, so kena bawak bekalan ayaq yg cukup sampai atas. tidak digalakkan kepada pelajar SMK Labu Besar yg ramai sangat nak ikut
Macam mana rupa Gunung Irau ? Sila rujuk di sini

Persedian awal sebelum mendaki bagi para pelajar SMK Labu Besar

  1. Perlu ada kebenaran dari ibu bapa. Ekspedisi ni bukan anjuran sekolah atau persatuan, so bakal-bakal pendaki kena sanggup tanggung risiko kalau jadi apa2. Guide atau penganjur tidak boleh dipersalahkan (setelah segala aspek keselamatan di ambil). Mesti belajar redha dgn apa saja yg berlaku. Doa dan tawakal.
  2. Latihan yang mencukupi. Kurang2 pi la lari kelilin kampung atau pi balik sekolah dgn berjalan kaki (contoh).
  3. Duit. Mesti ada duit yg cukup sebelum join, kos tak banyak mana, bawak dlm RM100 dah kira cukup. Kos yg terlibat ialah kenderaan, tol, makan-minum dan penginapan. Berapa semua, kira sendiri. Google ada, calculator pun ada dlm pc yg hangpa guna ni, hehe..
  4. Rohani (mental). Mesti tak mau tinggai solat. Kalau tak mau solat (kecuali pompuan yg haid), aku sarankan tok sah ikut lah. Kita akan buat solat jamak dan qasar, sebab tujuan kita baik dan perjalanan lebih dari 2 marhalah.
  5. Beg. Mesti bawak sorang satu, yg agak kuat (nampak koman pun takpa). Kita akan bawak paling kurang 2 botol air mineral 1.5 liter setiap orang dan makanan. Setiap orang mesti bawak makanan masing2 (yg dibeli oleh penganjur). Sebabnya, kalau hangpa sesat dlm hutan, masih ada sumber makanan sebelum bantuan seterusnya sampai.
  6. Sarung tangan. Ni optional, elok bawak kalau ada.
  7. Plastik sampah. Ni wajib balik. Selalu hujan di puncak hala nak balik. So, bila hujan semua gajet2 elektronik hangpa yg canggih2 boleh dlm plastik sampah then boh dalam beg (termasuklah pakaian yg tak mau bagi basah)
  8. Telefon. semua pakat ada dah la ni kan. bawak sajalah (boleh boh dlm beg)
  9. Bas atau kereta. kena pikiaq nak naik kenderaan apa, penganjur kena pikiaq tu semua. starting point pendakian ke gunung irau ialah di kaki gunung brinchang, mesti naik kereta atau 4wd dari simpang mula, kalau nak jalan jauh (9km).
  10. Penginapan. yg ni pun kena ready, seeloknya bermalam di mana homestay atau budget hotel di Cameron Highlands.

Di bawah ialah gambar/video para pendaki yang telah berjaya mendaki gunung (mcm2 gunung). Mereka semua terdiri dari kanak-kanak, laki2, pompuan dan orang tua

Untuk segala pertanyaan berkenaan ekspedisi Gunung Irau, sila komen atau klik 'link to this post'

Sabtu, Ogos 20, 2011

Assalamualaikum..

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita berpuasa di bulan Ramadhan.. Perbanyakkanlah amal ibadat. Dalam bulan Ramadhan, Allah swt bagi sangat banyak ganjaran pahala, carilah Lailatul Qadar.

Lama sudah aku tidak menulis sebagai blogger. Tiap-tiap hari aku masuk facebook, mungkin kerana ramainya memba-memba yang online. Tapi facebook ada limitation. Padahal aku ada banyak benda (yang aku rasakan bermanfaat) yang nak aku kongsi dengan semua orang.

Dulu aku tak minat dengan blogspot, tak tau pasaipa. Mungkin disebabkan sub-domain, kekurangan feature, dan lain-lain yang tak dak. Aku anti dengan bahasa shortcut sebenarnya, sehinggalah aku belajar dari seseorang (setahun yang lalu). Sekarang aku dah reti banyak jugak la.

Dalam blogging, aku suka guna dialek utara (yang tidak keterlaluan) kerana idea tak mau nak mai kalau guna bahasa buku sepenuhnya. Bahasa aku juga bercampur (rojak) dengan english, sebab aku suka english dan rujukan programming kebanyakkan dalam english.

Ini permulaan blogging tahun 2011. Cukup setakat ni, bateri tinggal 7% dan aku tak mau caj waktu ni.

Keterai Menerai