Sabtu, April 30, 2016

Harga ? Sila PM

Assalamualaikum

Apa habaq semua ?

Dah setahun lebih aku tak post di blog ni. Tak dak apa kepentingan apa sangat pun, sebab aku bukanlah internet marketer yg gila dok juai barang, pastu bila orang tanya berapa harga, suruh pm.

Dia seropa ngan makcik nak beli ikan di market, pastu tokey ikan tu panggil mai dekat, bisik di telinga makcik tu atau tokey ikan mintak kertas, nak tulis berapa harga ikan sekilo.

Gimik ni semakin lama semakin memboringkan ditambah dgn testimoni palsu yg depa cipta sendiri.

Alang-alang kerajaan dah suruh peniaga ada lesen SSM dlm menjalankan perniagaan di internet, baik KPDNKK ketatkan undang-undang, kalau nak juai produk dan servis, mesti ada harga yg dipaparkan.

Boleh ?