Khamis, Julai 26, 2012

JavaScript


Blog aku sudah lama tidak dikemaskini. Bukan senang hendak jadi blogger, kalau memang tak minat menulis (menaip). Aku suka berkongsi ilmu pengetahuan yang Allah berikan ini. Sekadar termampu. Bagi aku, semakin banyak orang dapat manfaat dari ilmu yang disampaikan, makin banyaklah ganjaran kita di akhirat. Tidak berkurang pun rezeki kita, kerana rezeki adalah milik Allah SWT.

Aku ditakdirkan bekerja di Kuala Lumpur. 4 hari seminggu, 3 hari sahaja aku dapat bersama keluarga. Barangkali, inilah persediaan minda sebelum aku berjauhan lebih lama sekiranya aku dapat kerja di offshore, itu target aku pada 2013.

Aku sangat minat dengan PHP dan MySQL. Dah banyak sistem dan laman web yang aku develope. Di KL, aku diberi tanggungjawab untuk memprogramkan JavaScript. Wah ! Satu cabaran baru untuk aku. Aku kenal JavaScript sejak 1997 lagi. Tapi tidaklah pernah aku coding JavaScript dari scratch, melainkan hanya copy-paste. Kali ni aku terlibat dengan projek yang besar. Berharga jutaan ringgit. Tapi aku tak boleh dedahkan maklumat projek ini kepada umum.

Barangkali hangpa sudah berpengalaman dengan JavaScript, harapnya dapatlah berkongsi dengan aku. Jika hangpa minat untuk belajar JavaScript, ada banyak rujukannya di internet.

Kalau hangpa nak jadi programmer JavaScript, eloklah bermula di https://developer.mozilla.org/en/JavaScript. Sebab web ini menceritakan JavaScript secara terperinci.


Nantikan post seterusnya, cerita dari Keterai Menerai.

(sambungan)



Adik-adik di luar sana mengaji tak pass ? Minat IT tapi tak dak sijil ? Takpa, belajar saja programming. Tak payah masuk U. Kalau ada peluang.. masuk, kalau tak dak, tok sah dok perabih duit. Belajar sendiri.

Jika adik-adik minat hacking, bagus !! Aku menyokong aktiviti hacking yang bermoral. Menggodam server dan memperbaikinya :) So, zaman telah banyak berubah. Ada skill, orang mau ambil kita kerja. Tak dak skill (atau kurang), kerja la dengan kerajaan (senang nak buat loan).

Walaupun aku tidak cekap sangat dalam hacking, tapi ilmu tulah yang memasarkan aku dalam industri IT dan melahirkan beberapa kader-kader hacker yang berjaya. Suatu ketika dulu, aku belajar linux disebabkan nak belajar hacking, tidak lebih dari itu. Dari situ aku kenal bermacam-macam language. Aku pernah mendapat kerja sebagai system engineer yang pada masa itu gajiku lebih dari orang yang ada degree.

Usia aku semakin meningkat, otak pun sudah tidak pikap seperti dulu, belajar hacking bukan untuk jadi makhluk perosak, tapi untuk mengenal siapa perosak.

So, adik-adik..

Hack The Planet !

Jumaat, September 16, 2011

Ekspedisi Mendaki Gunung Bintang




Jom kita pi mendaki gunung. Bagi sesiapa yang belum pernah mendaki mana-mana gunung, boleh la join aku untuk mendaki Gunung Bintang :

Tarikh: 1 Okt 2011 ~ 3 Okt 2011 (3 hari 2 malam)
Ketinggian : 1862m (dari paras laut)
Kos : RM100.00




Barang-barang 'wajib' yang mesti dibawa :
  1. beg mendaki - saiz 50 liter ke atas

  2. kasut mendaki

  3. sleeping bag

  4. head lamp

  5. bateri spare head lamp

  6. lighter / mancis / magnesium bar

  7. parang
Barang-barang sampingan :
  • stove

  • sleeping mat

  • jacket sejuk

  • raincoat

  • stoking tidur

  • baju tidur / solat

  • mess tin

  • cawan dan pinggan dan mangkuk

  • first aid

  • sudu garpu

  • GPS
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/event.php?eid=132937653461166

credits to pix owner :)

Ahad, Ogos 28, 2011

Sambutan 'Aidilfitri Cara Nabi SAW




Banyak lagi kesilapan / kekeliruan yang berlaku di kalangan masyarakat kita.

Mesti tonton sampai habis :)