computer programming, mountaineering, exploring, traveling, offshore, cranes, etc..
Sabtu, April 30, 2016
Harga ? Sila PM
Assalamualaikum
Apa habaq semua ?
Dah setahun lebih aku tak post di blog ni. Tak dak apa kepentingan apa sangat pun, sebab aku bukanlah internet marketer yg gila dok juai barang, pastu bila orang tanya berapa harga, suruh pm.
Dia seropa ngan makcik nak beli ikan di market, pastu tokey ikan tu panggil mai dekat, bisik di telinga makcik tu atau tokey ikan mintak kertas, nak tulis berapa harga ikan sekilo.
Gimik ni semakin lama semakin memboringkan ditambah dgn testimoni palsu yg depa cipta sendiri.
Alang-alang kerajaan dah suruh peniaga ada lesen SSM dlm menjalankan perniagaan di internet, baik KPDNKK ketatkan undang-undang, kalau nak juai produk dan servis, mesti ada harga yg dipaparkan.
Boleh ?
Selasa, April 01, 2014
Kepupusan Domain
- netscape.com
sapa tak kenai Netscape pada tahun 1997 ? oh, sori .. hangpa pun baru lahir masa tu. mana-mana bebi pun tak kenai domain, yg bebi kenai ialah tetek (untuk kelangsungan hidup). sekarang domain ni jadi subdomain saja http://netscape.aol.com - sun.com
dengar saja nama Sun Solaris di kalangan gang setup server dan networker, terasa akan ketidak mesra alamnya dgn os tingkap mudah pecah (windows). aku akan berasa SUN seropa abang besar yg mai masuk kawasan. sekarang abang besar sudah sakit, layak jadi nama folder saja iaitu http://www.oracle.com/us/sun/index.htm - 3com.com
dulunya nama ni selalu kita jumpa di switch kerajaan. tapi nama ni terus dibunuh oleh HP. anda akan dibawa ke http://h17007.www1.hp.com/us/en/networking/index.aspx - geocities.com
tahun 1996, laman web aku yang pertama ialah GeoCities. pada masa tu mana ada company dalam dunia ni yg bagi free website kat orang kecuali depa ni la. oleh kerana popular, Yahoo berkenan dan beli syarikat tu kot2 boleh buat duit pastu. tapi lingkup. inilah hasilnya http://geocities.yahoo.com/index.php

