Sabtu, April 30, 2016

Harga ? Sila PM

Assalamualaikum

Apa habaq semua ?

Dah setahun lebih aku tak post di blog ni. Tak dak apa kepentingan apa sangat pun, sebab aku bukanlah internet marketer yg gila dok juai barang, pastu bila orang tanya berapa harga, suruh pm.

Dia seropa ngan makcik nak beli ikan di market, pastu tokey ikan tu panggil mai dekat, bisik di telinga makcik tu atau tokey ikan mintak kertas, nak tulis berapa harga ikan sekilo.

Gimik ni semakin lama semakin memboringkan ditambah dgn testimoni palsu yg depa cipta sendiri.

Alang-alang kerajaan dah suruh peniaga ada lesen SSM dlm menjalankan perniagaan di internet, baik KPDNKK ketatkan undang-undang, kalau nak juai produk dan servis, mesti ada harga yg dipaparkan.

Boleh ?

Selasa, April 01, 2014

Kepupusan Domain


tahukah anda, dahulunya mereka merupakan domain yang gah di persada internet. nama-nama di bawah sangatlah hebat dari segi teknologi yang ada pada zamannya. orang-orang lama seperti kami pada masa itu masih pakai telefon nokia tiga2 sekupang dan ramai yg masih tak dak handset. kalau mau cerita lebih pasai domain di bawah, wiki la sendiri :)
  1. netscape.com
    sapa tak kenai Netscape pada tahun 1997 ? oh, sori .. hangpa pun baru lahir masa tu. mana-mana bebi pun tak kenai domain, yg bebi kenai ialah tetek (untuk kelangsungan hidup). sekarang domain ni jadi subdomain saja http://netscape.aol.com
  2. sun.com
    dengar saja nama Sun Solaris di kalangan gang setup server dan networker, terasa akan ketidak mesra alamnya dgn os tingkap mudah pecah (windows). aku akan berasa SUN seropa abang besar yg mai masuk kawasan. sekarang abang besar sudah sakit, layak jadi nama folder saja iaitu http://www.oracle.com/us/sun/index.htm 
  3. 3com.com
    dulunya nama ni selalu kita jumpa di switch kerajaan. tapi nama ni terus dibunuh oleh HP. anda akan dibawa ke http://h17007.www1.hp.com/us/en/networking/index.aspx
  4. geocities.com
    tahun 1996, laman web aku yang pertama ialah GeoCities. pada masa tu mana ada company dalam dunia ni yg bagi free website kat orang kecuali depa ni la. oleh kerana popular, Yahoo berkenan dan beli syarikat tu kot2 boleh buat duit pastu. tapi lingkup. inilah hasilnya http://geocities.yahoo.com/index.php
dan banyak lagi .. (kalau aku rajin update pasni).

moral : tak payah bangga sangat la kalau ada nama domain yang cantik. paling penting dalam bisnes ialah keuntungan yg boleh dijana dari sesuatu domain secara online dan offline.

Isnin, Mac 31, 2014

Kejatuhan Empayar Rangkaian Sosial

Aku mulakan penaipan pada jam 11:22 am.

Secara automatik, anda akan terbaca post aku ni facebook. Sangat tak best menaip dalam keadaan kena tekan butang 'Shift'. so, aku abaikan dan bagi semua huruf jadi kecik. dan penggunaan tatabahasa yang terlalu rigid, kadangkala akan menyekat kepala hotak dari menulis. zaman la ni, penulis juga hanya menulis pakai keyboard. depa selalu kena keyboard warrior. dulu masa semua pakat pakai pen, awat hangpa tak gelaq pen-warrior ?

ok, taip banyak2 orang cemuih. ni aku copy-paste pasai kejatuhan empayar social network. dulu ramai rakyat malaysia ada akaun friendster, tapi sekarang apa sudah jadi ? so, tak payah fanatik dgn mana2 social network termasuklah facebook. kurangkan bersosial secara online, tapi ziarah la kaum keluarga kita secara offline.



Enjoyed this infographic? Check out MyLife.com and explore our zip code and area code directories.