Selasa, April 01, 2014

Kepupusan Domain


tahukah anda, dahulunya mereka merupakan domain yang gah di persada internet. nama-nama di bawah sangatlah hebat dari segi teknologi yang ada pada zamannya. orang-orang lama seperti kami pada masa itu masih pakai telefon nokia tiga2 sekupang dan ramai yg masih tak dak handset. kalau mau cerita lebih pasai domain di bawah, wiki la sendiri :)
  1. netscape.com
    sapa tak kenai Netscape pada tahun 1997 ? oh, sori .. hangpa pun baru lahir masa tu. mana-mana bebi pun tak kenai domain, yg bebi kenai ialah tetek (untuk kelangsungan hidup). sekarang domain ni jadi subdomain saja http://netscape.aol.com
  2. sun.com
    dengar saja nama Sun Solaris di kalangan gang setup server dan networker, terasa akan ketidak mesra alamnya dgn os tingkap mudah pecah (windows). aku akan berasa SUN seropa abang besar yg mai masuk kawasan. sekarang abang besar sudah sakit, layak jadi nama folder saja iaitu http://www.oracle.com/us/sun/index.htm 
  3. 3com.com
    dulunya nama ni selalu kita jumpa di switch kerajaan. tapi nama ni terus dibunuh oleh HP. anda akan dibawa ke http://h17007.www1.hp.com/us/en/networking/index.aspx
  4. geocities.com
    tahun 1996, laman web aku yang pertama ialah GeoCities. pada masa tu mana ada company dalam dunia ni yg bagi free website kat orang kecuali depa ni la. oleh kerana popular, Yahoo berkenan dan beli syarikat tu kot2 boleh buat duit pastu. tapi lingkup. inilah hasilnya http://geocities.yahoo.com/index.php
dan banyak lagi .. (kalau aku rajin update pasni).

moral : tak payah bangga sangat la kalau ada nama domain yang cantik. paling penting dalam bisnes ialah keuntungan yg boleh dijana dari sesuatu domain secara online dan offline.