Jumaat, Mac 21, 2014

Perjalanan Hidup Domain


La ni, orang dah tak gila domain macam dulu dah. Kalau dulu, asal nampak domain cantik, ramai gila nak beli. Aku teringat memba baik aku beli domain kedah.fm dengan harga USD99. Kononnya nak jual kat Radio Kedah. Tapi tak semudah yang disangka.

Siapa sangka domain Business.com dijual dengan harga USD7,000,000.00 akhirnya jadi koman sepana laman webnya. Di sinilah terletak kekuatan content. Kalau isi tak power, nama sedap pun tak dak kesan kepada pengguna. Bak kata falsampah di majalah Gila-Gila tahun 90an. "Biar selekeh tapi bijak, jangan macho gila, tapi bangang".