Sabtu, Ogos 20, 2011

Assalamualaikum..

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita berpuasa di bulan Ramadhan.. Perbanyakkanlah amal ibadat. Dalam bulan Ramadhan, Allah swt bagi sangat banyak ganjaran pahala, carilah Lailatul Qadar.

Lama sudah aku tidak menulis sebagai blogger. Tiap-tiap hari aku masuk facebook, mungkin kerana ramainya memba-memba yang online. Tapi facebook ada limitation. Padahal aku ada banyak benda (yang aku rasakan bermanfaat) yang nak aku kongsi dengan semua orang.

Dulu aku tak minat dengan blogspot, tak tau pasaipa. Mungkin disebabkan sub-domain, kekurangan feature, dan lain-lain yang tak dak. Aku anti dengan bahasa shortcut sebenarnya, sehinggalah aku belajar dari seseorang (setahun yang lalu). Sekarang aku dah reti banyak jugak la.

Dalam blogging, aku suka guna dialek utara (yang tidak keterlaluan) kerana idea tak mau nak mai kalau guna bahasa buku sepenuhnya. Bahasa aku juga bercampur (rojak) dengan english, sebab aku suka english dan rujukan programming kebanyakkan dalam english.

Ini permulaan blogging tahun 2011. Cukup setakat ni, bateri tinggal 7% dan aku tak mau caj waktu ni.

Keterai Menerai